
Umno Cawangan Kampung Air Meleleh ditubuhkan dalam tahun 1993, idea untuk meujudkan UMNO Cawangan Kampung Air Meleleh adalah atas dasar perbincangan diantara En. Mohamad Nazarludin Ketua UMNO Cawangan dengan Tuan Haji Azenam Bin Denan Bekas Ketua UMNO Cawangan.
Pada suatu malam Tuan Haji Azenam adan bertandang ke rumah saya (En. mohamad nazarludin Bin Hussin) dengan hasrat untuk berbincang penubuhan UMNO Cawangan Kg. Air Meleleh, pada masa tersebut beliau adalah ahli UMNO Cawangan Seri Tanjung dan saya adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar. Hasil perbincangan positif untuk penubuhan dan mencadangkan En Redza Bin Hussin sebagai Ketua UMNO Cawangan diperingkat tajaan.
Sejarah Kepimpinan UMNO Cawangan Kg Air Meleleh :
1993 - 1997 - Haji Redza Bin Hussin
1997 - 2002 - En. Mohamad Nazarludin Bin Hussin
2002-2005 - Haji Azenam Bin Denan
2005- sekarang - En. Mohamad Nazarludin Bin Hussin
Setiausaha Paling lama : En Adenan Bin Jahaya ( menjadi Setiausaha dari mula ditubuhkan sehingga sekarang )
Perubahan kepimpinan awal, apabila Ketua Cawangan pertama berasa penat bertugas dan berperanan belaga dengan masa waktu kerja, maka beliau mencadangkan untuk meletak jawatan. Saya cadangkan supaya beliau terus memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan beliau setuju.
Bermula dari itu ramai ahli khususnya ahli muda kebanyakan ahli Belia 4B Cawangan Kg. Air Meleleh yang pernah dipimpin oleh saya. Ahli muda dan sebahagian ahli berumur mencadangkan supaya saya memimpin UMNO Cawangan, saya cuba menolak tetapi atas dasar permintaan ahli yang ramai maka saya meletakkan jawatan sebagai Naib ketua Pemuda di UMNO Cawangan Bandar Port Dickson dan mohon berpindah ke UMNO Cawangan Kg Air Meleleh dalam masa 2 minggu sahaja saya berpindah ke Cawangan baru.
Atas dasar kompromi dengan Haji Azenam Bin Denan maka sebulat suara saya dicadangkan sebagai Ketua UMNO Cawangan kg. Air Meleleh ke 2, apa yang saya minta dimana komposisi AJK Cawangan mestilah ada ahli muda dan ahli veteran, cadangan saya dipersetujui semua.
Dalam waktu berikut banyak peranan yang di anjurkan oleh UMNO Cawangan dimana Protes kepada cadangan majlis Daerah Port Dickson dengan bekerjasama dengan Gopeng Berhad untuk membangunkan kawasan laut dan pantai hadapan kampung Air Meleleh dengan menambak laut.
Dengan alasan itu satu dailog terbuka dianjurkan oleh UMNo Cawangan Kg Air Meleleh yang menjemput hadir YAB Dato' Seri Utama Tan Sri haji Mohd Isa Bin Dato' Haji Abdul Samad Menteri Besar N.Sembilan Darul Khusus, Ahli Parlimen Telok Kemang. Semua Adun dalam parlimen Telok Kemang, ketua jabatan-jabatan daerah port Dickson, Ketua Pengarah JPS , Tuan Pegawai Daerah, Pengarah UPEN , ketua kemimpinan politik barisan nasional Kawasan Parlimen Telok Kemang. Resolusi dicapai mengagalkan cadangan majlis daerah bagipembangunan dan penambakan laut hadapan Kg Air Meleleh. Ketua pengarah JPS berjanji akan mengatasi masalah banjir kilat dalam kg Air Meleleh dan beberapa ketetapan untuk manafaat rakyat khususnya untuk Kg Air Meleleh.
Kejayaan kedua yang dicapai adalah tuntutan kepada Shell Refining Company dimana melalukan paip minyak dari jetty baru Shell ke Kilang Shell dalam kg. Air Meleleh dengan itu pemberian pampasan sebanyak RM15,000.00 diluluskan dan diagihkan kepada penduduk yang bersebelahan paip minyak Shell.
Senarai AJK Cawangan tahun 2005-2008
Ketua - En Mohamad Nazarludin Bin Hussin
Naib Ketua - Haji Azenam Bin Denan
Setiausaha - En Adenan Bin Jahaya
Bendahari - Haji Roslan Bin Othman
Ketua Wanita - Pn. Lizawati Bte Md Isa
Ketua Pemuda - En. Azman Bin Halidin
Ketua Penerangan - En. Alias Bin Ibrahim
Ahli Jawatankuasa :
1. Nor Azizan Bin Othman
2. Hjh Salbian Bin Hussin
3. Siti Zubaidah Bte Othman
4. Hjh hasenan Bte Hussein
5. Fauzan Bin Haji Baharuddin
6. Hamzan Bin Haji Baharuddin
7. Ahmd Rabilah Bin Haji Azenam
8. Haji Saharuddin Bin Abdullah
No comments:
Post a Comment